Datok Vida Akui Rimas Terima Banyak Masej Ingin Berkenalan
Datok
Vida Akui Rimas Terima Banyak Masej Ingin Berkenalan|Kami akui ramai
juga yang terkejut dengan berita perceraian Datuk Seri Vida bersama
Fairuz. Namun, setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Jodoh mereka
tidak panjang.
Kini,
Vida enggan lagi terus bersedih dan menjalani kehidupannya seperti
biasa. Namun, menerusi portal Harian Metro, beliau meluahkan rasa kesal
apabila ada beberapa pihak cuba untuk mengambil kesempatan untuk
mengenalinya dengan lebih rapat selepas bercerai.
Vida
akui beliau agak bosan dan rimas apabila ramai lelaki yang menghantar
mesej ingin berkenalan dengannya . Buat masa ini, beliau tidak mahu
memikirkan soal lelaki dan mahu fokus membesarkan anak-anaknya.
Buat
masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki
dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah
individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.
Lagipun
keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan
perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki
buat masa ini
Terdahulu,
Vida dan Fairuz sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak pada 7
April lalu. Punca mereka bercerai adalah kerana tiada lagi persefahaman
antara mereka berdua. Vida bernikah dengan Fairuz sekitar bulan Januari
2014.
0 Response to "Datok Vida Akui Rimas Terima Banyak Masej Ingin Berkenalan "
Post a Comment