facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Video Tentera Laut US Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah Jadi Viral


Sebuah video yang memaparkan sekumpulan Mat Saleh yang menyampaikan lagu Assalamualaikum Ustazah dari Khailfah menjadi tular di laman media sosial semenjak dua hari yang lepas.
    
Band yang dikenali sebagai US Pacific Fleet terdiri dari enam anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) iaitu Brent Mitchell, Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson. Semalam kumpulan ini telah mendendangkan lagu Assalamualaikum Ustazah di Experimental Theatre(ET) Faca, Universiti Malaysia Sarawak.
Dapat dilihat di dalam video tersebut rata-rata penonton amat tertarik dengan persembahan band ini. Video tersebut dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Hannis Adnan dan dikongsi oleh lebih seribu pengguna Facebook.
Band ini hadir ke Malaysia bersempena dengan program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada hari ini di Dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.

0 Response to "Video Tentera Laut US Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah Jadi Viral"

Post a Comment